Saab 2000
Saab 2000

Saab 2000

Saab 2000 adalah sebuah pesawat penumpang, enjin kembar turbin bebaling, halaju tinggi yang dibina oleh Saab. Ia direka untuk membawa 50–58 penumpang dan boleh meluncur pada halaju 665 km/j (413 mph). Ia dikilangkan di Linköping yang terletak di selatan Sweden. Saab 2000 membuat penerbangan sulung pada bulan Mac 1992 dan mendapat persijilan pada tahun 1994. Pesawat terakhir telah diserahkan pada bulan April 1999. Sejumlah 63 buah pesawat telah dibina. Menjelang bulan Julai 2018, 24 buah Saab 2000 digunakan dalam perkhidmatan pengangkutan udara.

Saab 2000

Status Dalam perkhidmatan
Pengenalan 30 Ogos 1994[1]
Kos seunit
ASD$12.5 juta (1991)[3]
Penerbangan sulung 26 Mac 1992
Dibangunkan daripada Saab 340
Peranan Pesawat penumpang turbin bebaling
Jumlah dibina 63[2]
Dikeluarkan 1992–1999
Pengeluar Saab
Pengguna utama Eastern Airways